BannerFans.com

Thursday, December 31, 2009

Thursday, December 17, 2009

muffin ke salak....


aduhhh....sakitnya tapak kaki...arini sambung buat 1000 pcs small size muffin....order dari Milah...wife Halim..kawan sekolah rendah dulu....Milah orderkan bagi pihak kakak dia yang nak buat majlis perkahwinan anak di Salak, KL....mereka memilih 500 pcs pandan muffin n 500 pcs chocolate muffin....thanks milah n halim yang terus menyokong dan merekemen...moga seme berpuas hati dengan order yang banyak nih ye....

thanks juga pada Ani...geng sekolah rendah dulu gak, yang membeli tembosa daging dan almond chocolate chip....sokongan uols amatlah aku hargai....

Wednesday, December 16, 2009

my first bulk orders......



Alhamdulillah.....ini merupakan my first order yang melibatkan jumlah yang agak besar....500 pcs small size chocolate muffin dan 25 pcs special size chocolate chip muffin.Order ini dari teman saya Ita...untuk majlis berkhatan anaknya....thanks Ita kerana beri kepercayaan dan sokongan....moga tak serik dan akan order lagi ye....

Monday, December 14, 2009

OATMEAL COOKIES

CHOCOLATE CHIP OATMEAL COOKIES
150 gm = RM 9.50
300 gm = RM18.00
600 gm = RM36.00

OATMEAL COOKIES
150 gm = RM 9.00
300 gm = RM17.00
600 gm = RM34.00

Saturday, December 12, 2009

ALMOND CHOCOLATE CHIPS COOKIES

'chipsmore' size....

'easy bite' size....

sekali masuk aje mulut....pasti hilang....hehehe


RM32.00 per bottle
600 gram

RM16.00 per bottle
300 gram

RM8.50 per pack
150 gram

Here comes.....our latest edition.....the real BONDA BITES......ALMOND CHOCOLATE CHIPS COOKIES....bila anda mula makan satu anda pasti sukar untuk berhenti mengunyah....percayalah....

BONDA BITES masih belum membuat kepastian samada akan mengeluarkan produk kami ini dalam saiz yang agak besar (seperti saiz biskut Chipsmore) atau pun dalam saiz 'easy bite'.
Walau apa jua saiz yang akan kami buat....berat yang kami tawarkan adalah sama iaitu....150 gram, 300 gram dan 600 gram. BONDA BITES juga akan menyediakan packaging untuk 'door gift' dalam bungkusan-bungkusan yang menarik....tungguuuu....

Oleh yang demikian....kami di BONDA BITES telah bersedia menerima tempahan anda....jangan berlengah lagi.....

P/S- Setelah menerima feedback dari customer dan kawan-kawan, BONDA BITES mengambil keputusan untuk mengeluarkan produk ini dalam saiz 'easy bite'.Sekian untuk makluman.

CHICKEN PIE

RM4.80 per piece
10.5cm (top) x 7 cm (bottom)
(Minimum order - 5 pcs)



Super duper yummylicious CHICKEN PIE....tak percaya...cuba la...

Pastry yang ranggup kuning keemasan ini berintikan hirisan ayam segar, kacang peas, cendawan butang, kentang, capsicum, tomato dan macam-macam lagi....kami pasti anda sememangnya tidak mampu untuk menolaknya....

Friday, December 11, 2009

moist vanilla muffin....ke segamat


Latest order dari seorang geng untuk customer dia...50 pcs medium size MOIST VANILLA MUFFIN...n 150 pcs plain chocolate moist cup cake....nak dibawa ke Segamat esok....moga tambah berseri 'main table' sang pengantin....hehehe

Order-order sebelum ini....maafla ye sebab tak diceritakan...cuma dimasukkan under label....bukan apa...ingatkan tak mau bercerita kat sini....segan sebenonya...tapi ada customer n kengkawan yang bagi komen... kena citer serba sedikit supaya orang tau perjalanan biznes dan berkeyakinan nak menempah....thanks to yang memberi komen membina itu....moga sokongan dan doa uols tu diperkenan Allah jua....

Oleh itu mulai dari sekarang...i citer la kat uols ye....walau pun citer i nih tak semeriah mana pun....hahaha...insyaallah akan meriah jua satu hari nanti....aminnnnn